Thursday 14 May 2015

Cara terbaik untuk menjaga kucing

Cara-cara terbaik untuk menjaga kucing

1. Pastikan korang dan keluarga sudah bersedia terlebih dahulu, sebelum kedatangan anak kucing. Di mana,sediakan keperluan asas membela kucing seperti : permainan, makanan, tandas kucing, alat mencakar atau tempat rehat dan tidur.


2. Sentiasa membelai anak kucing anda. Belaian dari seorang tuan boleh membentuk seekor kucing yang patuh pada peraturan dan rasa disayangi. Jangan sesekali berkasar dengan anak kucing anda ! Perasaan takut boleh terbawa-bawa sehingga dewasa atau selamanya.

3. Pastikan anda memberi perhatian berat dan jagaan rapi kepada anak kucing setiap hari. Ini termasuk "grooming" , mencuci muka (kawasan sekitar mata dan hidung) , dan mencuci telinga. Anda tidak perlu terlalu kerap memandikan kucing, hanya mandikannya jika kucing tersebut dalam keadaan kotor. 

4. Kenalkan kucing anda dengan seluruh kawasan rumah anda. Ini termasuk ahli keluarga, kanak-kanak, haiwan peliharaan, dll. Dengan melakukan semua ini, anda akan membuat kucing kesayangan anda berasa lebih yakin dengan suasana baru dan gembira.

5. Bermain dan bercakap dengannya setiap hari. Kucing yang bosan akan sering melakukan kerosakan di rumah. Kerap bermain dan melayan kucing anda akan merapatkan lagi hubungan anda dengannya. Semua ini bagi mengelakkan kucing anda hidup dalam kebosanan.

6. Sediakan makanan yang pelbagai dan sesuai untuk anak kucing. Ini bagi memastikan anak kucing anda akan biasa dengan pelbagai jenis diet, dan mengurangkan masalah cerewet.

7. Memberi teguran awal adalah penting. Anak kucing juga seperti kanak-kanak kecil. Mereka suka mencuba sesuatu yang diluar jangkaan. Contohnya: mencakar sofa, menggigit, melompat ke tempat tinggi, mencakat langsir, dll. Jika anak kucing anda melakukan semua ini, cuba hentikan mereka dengan mengatakan "stop" atau "jangan" (jangan menjerit, guna nada yang rendah je), dan alihkan anak kucing ke tempat lain, jauh dari tempat kejadian tadi. 

8. Jangan terlalu "memberi muka" kepada anak kucing anda. Sesetengah anak kucing mengeluarkan bunyi "meow" yang berpanjangan jika tidak dapat apa yang mereka mahu. Jika anda melayan kehendak anak kucing anda dengan salah, tabiat mengeluarkan bunyi "meow" yang berpanjangan akan menjadi kebiasaan sehingga dewasa.

9. Pastikan keadaan kucing anda selamat. Jauhi mereka daripada bergaduh, jatuh dari tempat yang tinggi, dibuli oleh kanak2 atau haiwan-haiwan seperti anjing. 

10. Terima anak kucing anda seperti seorang bayi yang penuh dengan semangat dan tenaga. Anda harus terima kerosakan yang dilakukan oleh seekor anak kucing. Jika anda mahu kucing, terimalah apa juga keadaan sekali pun. Ia bukannya sesuatu yang mudah.

Cara belaian kucing

Cara belai kucing dengan BETUL.

Mesti ramai tak tahu kan yang nak belai kucing pon ada cara tau...
Kalau korang salah cara,memang habislaaa tangan engkorang tuu....
So ni laa cara nak belai kucing....

Lepas ni takda laaa salah nak belai kucing lagi dah kan....Hiksss...

Wednesday 6 May 2015

Jenis-jenis kucing

JENIS-JENIS KUCING PELIHARAAN

Kucing Manx


Kucing manx memiliki perbezaan sifat dengan kucing pada biasanya.Kucing manx menyukai air.
Manx sangat senang memasukkan tangan ke dalam tempat minum atau air.Disebabkan itu,kucing ini sangat diminati oleh penggemar kucing sehinggakanharganya mahal.


Kucing Toyger


Toyger adalah kucing berukuran sedang dengan bulu menyerupai bengal. Toyger mempunyai temperamin yang baik dengan kesehatan yang baik dan relatof tahan terhadap penyakit.

Kucing Tifanny


Ciri-ciri kucing Tiffany :
  • Berukuran medium
  • Tipe badan semi foreign
  • berat badan antara 4-5 kg
  • Bentuk kepala hampir seperti segi tiga
  • moncong pendek
  • dagu kecil
  • Telinga besar
  • Tulang pipi lebar
  • Mempunyai ekor dihiasi bulu lembut
  • Warna mata adalah gold
  • Tentu saja ciri khas jenis kucing yang berwarna cokelat
Maine Coon



Secara umum ciri-ciri kucing Maine Coon adalah sebagai berikut :
  • Badan besar dan panjang serat agak berbentuk segi empat
  • Mata lebar serta oval
  • Hidung lebar dan melengkung di ujungnya
  • Ekor panjang dan lebar
  • Memiliki tulang dan otot yang kuat
  • Teling besar (lebar di bawah)
  • Dahi melengkung
  • Otot pipi sangat menonjol
  • Seperti dijelaskan diatas bulunya tebal dan tahan air (sedikit berminyak)
Kucing Siam
Ciri kucing siam adalah sebagai berikut
  • Bentuk tubuh panjang, langsing dan berotot
  • Tubuhnya yang langsing dan anggun
  • Kepala kecil dan berbentuk segitiga
  • moncongnya mancung,
  • Bermata biru
  • Telinga yang lebar
  • bulu pendek dan halus
  • Ada warna kontras di ujung-ujung tubuh seperti kaki, telinga, mulut, ekor,hidung dan sekitar mata
Kucing Parsi




Kucing Parsi juga salah satu baka kucing yang sangat popular. Mereka dikenali dengan bulu panjang dan kembang yang boleh tumbuh sehingga 3 inci. Warna mereka juga cantih; putih, hitam, kelabu, oren, atau kombinasi warna-warna ini.

Cara Penjagaan Kucing

1) Kuku
Kuku kucing haruslah di potong dari masa ke semasa. Ada orang cakap susah nak potong pasal kucing tu tak leh duduk diam nanti tersalah potong pulak.. Jangan takut.. Sekarang zaman modern, ader pengetip kuku untuk kucing (jangan pakai nailclipper korang lak).. Senang jer, juz press on the toes jadi kuku die terkeluar & clip nails' ends.. Tapi kalau korang tanak potongkan kuku cat-cat korang, nanti kalau dah panjang & curved kucing korang tu mesti mencakar merata-rata.


2) Mata dan telinga
Perasan tak kadang-kadang kucing korang mengaru telinganya sendiri.Nak tahu kenapa? Pasal korang tak bersihkan telinga kucing tuu.So kalau ade nampak hitam2 sikit kat telinga kucing korang, bersihkan lah secepat mungkin.. Tapi jangan pulak main sentuh je telinga kucing tu.Guna cotton bud ngan sikit baby oil, bersihkan pelan2. Nak bersihkan mata pung samer jugak.. Jangan sembarang tonyoh kat mata kucing tu pakai kuku.. Tapi kalau takut sangat, pergi jumpa veterina.


3) Gigi
Gigi kucing pun penting jugak tau.. Kalau tak jaga, kucing boleh kena masalah gigi atau sakit gigi sampai boleh tanggal lah gigi kucing tu!Korang boleh cari dental biscuit treat atau chew dari kedai haiwan 

4) Bulu Pendek & Panjang
Memang nak jaga bulu kucing yang pendek lebih senang dari yang panjang. Untuk bulu yang pendek, pakai narrow toothed steel comb (sikat yang tak renggang giginyer) untuk sikat habuk dan kekotoran pada bulu kucing.Dengan cara ini,bulu tak banyak gugurTapi kucing yang berbulu panjang,lebih elok jika pakai sikat yang khas untuk kucing berbulu panjang.Boelh cari kat kedai haiwan laa kan.Pastikan takda bulu kusut.

5)Mandi
Kebanyakkan kucing memang benci air,tapi tahu tak yang mandikan kucing memang elok untuk dorang.Kena mandikan guan air suam dan gunakan syampoo khas untuk kucing.Jangan guna syampoo yang manusia selalu pakai.First,syampoo bulu kucing dan elakkan dari termasuk dalam telinga.Urut pelan-pelan pada bulu kucing.Dan basuh bulu kucing hingga bersih dan tiada sabun.Guna tuala untuk keringkan kucing atau boleh pakai hair dryer untuk kucing yang berbulu panjang.

6)Makanan (Dry food and wet food)
Sebaik-baiknya untuk baby kucing,guna wet food sebab dorang gigi dorang lembut dan tak boleh kunyah makanan keras lagi.Bila dorang dah makin dewasa,pelan2 ajar dorang makan dry food